CARA PROSES JELI- ABU(JKD)



ABU JELI KELAPA DARA
ABU (JKD)



ASSALAMUALAIKUM semua......,
terima kasih kerana melawati blog ABU JKD.............baiklah di kesempatan ini saya  ini kongsikan kepada anda semua tentang cara penyediaan bahan untuk membuat jeli kelapa ini,nahhhhh....sila baca dengan teliti dan paham..................................................... 










Jeli Kelapa Dara (versi lain)

Bahan-bahannya:
  • 18gm agar-agar tali (guna brand Adad ada gambar rusa)
  • 4 biji kelapa muda (biasanya dapat 2.5 litter air kelapa muda), isi kelapa  
  • 1 litter air (kesemua jumlah air +air kelapa kelapa muda mestilah 3.5 litter)
  • gula 250 gram (ikut manis yang disukai)
  • 3 helai daun pandan
  • dan  air lemon

Cara membuatnya:

  • Basuh agar-agar, masak bersama 1 litter air dan daun pandan , sehingga agar-agar larut
  • Tutup api dan masukkan gula, kacau hingga gula larut
  • Masukkan air kelapa,isi kelapa dan air lemon
  • Masukkan dalam bekas-bekas kecil dan sejukkan dalam peti ais.

Jelly Kelapa Dara(versi yang lain pula)



Bahan-bahan:
  • 1 PEKET AGAR-AGAR BERTALI 25 GM
  • 2 HELAI DAUN PANDAN ..dicarik dan disimpul
  • 1 1/2 ~2 CAWAN GULA PASIR....manis ikut selera sendiri...kalau ummi suka manis-manis buah gitu...
  • 3 LITER AIR BERTAPIS
  • 3 LITER AIR KELAPA...4 -5 biji kelapa muda
  • ISI KELAPA MUDA....Dibersihkan dari kulit arinya yang coklat tu..basuh dan hiris halus-halus
cara menyediakannya.

Basuh agar-agar dan masukkan kedalam periuk,masukkan air,air kelapa muda dan daun pandan yang disimpul tadi...masakkan dengan api yang sederhana besarnya...renih sampai agar-agar hancur..and than masukkan gula pasir...masakkan sehingga gula betul-betul hancur padamkan api. Tapis.

Sediakan bekas-bekas kecil dan masukkan sedikit hirisan kelapa dan tuangkan agar-agar tadi ke atasnya....buat lah sehingga habis....

Biarkan didalam suhu bilik terlebih dahulu sebelum disimpan didalam peti sejuk...boleh dapat sehingga hampir 60 ke 70.



sila komen untuk dapatkan maklumat selajutnya



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment